Monday, November 02, 2009

selamat menyambut hari lahir, isteriku

iki dino, bojo ku nyambut hari jadine seng 29. pak dongok ke, kabeh bodo selamet. njaluk karo seng pengiran, anak beranak intok rahmate selalu. amin.


siti araini, satu nama ringkas
begitu dalam membekas
dalam hatiku yang dulu keras

siti araini, satu nama indah
begitu jauh menjelajah
ke ruang kenangan yang meriah

selamat hati lahir isteriku.

Monday, October 19, 2009

travelog rayaku - final part!

hari ni 30 syawal. maka hari ni juga aku kene abiskan cerita raya aku. haha

ok, bila aku keluar dari surau tu, aku tgk ada la sorang mamat ni punya hensem.. memakai baju serba pink, serban pun pink. dia beria-ia memukul tabuh tu tanpa lagu. ikut sedap gigi je kot.


pastu aku nmpk beduyun-duyun kaum hawa tua dan muda menuju surau tu. memasing bawak benda atas kepala diorang.. kalerful lagi tu. ape ke hal ni? kedian, aku dimaklumkan, tu diorang bawak makanan utk jemaah. kira mcm jamuan raya la. yg best nye, setiap umah anta, paling kurang 1 hidangan. kalau ko ada bajet lebih atau nk nunjuk kaya, boleh la anta smpi 10 hidangan pun. dan tiap hidangan tu diletak atas talam dn mesti ditutup pakai 'tenduang' yg warna warni tu. kalau tak dak tenduang ni, baik tok sah antar la. tenduang ni satu hasil kraft org bajau... oo itu tudung saji upenya. tapi aku tak la dpt join majlis makan-makan tu, sbb balik umah. aku cuma sempat ambik gambar-gambar berkaitan je..



ko tengok, berapa punya ayu makcik ni bawak tenduang tu...





nmpk sgt muka makcik-makcik tu penat masak, pastu penat antar..


pastu pakcik tu senang-senang je nk glamer masuk gambar haha


satu kampong hantar, ko bayangkanlah berapa banyak... lu pikirlah sendiri!

abes solat raya, aku pon balik umah. maap-maapan pastu makan la. kat sini ko tok sah la berangan nk mkn lemang ke, rendang ke, lontong ke.. stail sini mkn nasi mcm selalu je walaupun hari raya. ye la, ko nk lemang? mana pulak nk cari buluh? ko nk ketupat? mana pulak nk cari daun kelapa? tapi alhamdulillah isteri tersayang aku masak gak ketupat dlm plastik. pastu dia buat kuah kacang... merasa agak aku stail raya di meru. abes mkn, buat ape? tak buat apa. buat bodo je..



sini raya mmg sempoi. tak de la ko nmpk bebudak sama mak bapak budak tu pakai baju warna warni jenjalan gi umah jiran-jiran. ada la jugak, tapi yg banyak aku tgk dok melepak sambil isap rokok je depan umah. nk ziarah ape kebendanya, dah mmg stail sini tiap ari ko melawat umah jiran tak kira hari.. kan kampong air, bukak tingkap rumah ko, jumpa pintu rumah orang, pepaham saje la.

ada gak sekerat dua org dtg umah pak mentua aku, tu pun tak pki baju. masuk, duduk sambil minum kopi pastu blah.. eh, ni raya ke hapa? haha..


aku plak, lepak belakang umah sambil makan buah tarap ditemani angin sepoi-sepoi nk ujan. secara praktikalnya raya kat sini abes dlm kul 12 tghri la.belah tghri tu pulak hujan smpi mlm.jd mmg raya aku tahun ni abes itu jam juga!

ko tgk pakcik ni, rilek je main ujan atas perahu yang bergoyang-goyang. kalau aku la...

raya is over!!




esok pagi, kemas-kemas barang, aku anak beranak balik smula ke KK meninggalkan Kampong penimbawan dengan suasana rayanya yang rare!



tammat!

Monday, October 05, 2009

travelog rayaku - part 2

ok. hari ni ada sikit masa, aku pon amek sekempatan siapkan part 2. mak aku pesan dalam berpantun

" menjelang tengkujuh haripun gelap, kerja bertangguh tak akan siap "

mcm aku cakap, kampong Penimbawan ni kampong air yg tak dak bekalan air bersih dan elektrik secara sistematik. jadi bila dah lewat jam 12 mlm, bila beberapa kerat generator tu dah abis minyak, suasana senyap sunyi, sangat kondusif utk melayar mimpi. bahang yang menerik siang hari, bertukar menjadi air-con semula jadi. mmg sejuk beb! satu bunyi pon tak de kecuali bunyi alunan air yang bersipongang melanggar bilah-bilah tiang rumah yang kejap berdiri. mmg layan, tapi kekadang kalau dipikir ngeri gak.

tapi ni kan pagi raya, tak raya la kalau masih membuta. jadi sekitar kul 430 aku bangun tido, solat subuh. masa doa tu teringat plak orang org kampung semalam ckp bleh nmpk gunung kinabalu dari jeti kampong ni. apa lagi, usai solat, capai senapang, amik pisau, bawak panah, eh, apa kejadahnya sume tu? dh mcm cite rambo plak! dlm dingin subuh aidilfitri, dlm remang2 cahaya, aku pun meniti jalan papan tu sambil menghitung nasib mengelak dari terpijak taik kucing menuju ke jeti hahaha.. ni la hasilnya..


jeti kampong penimbawan sekitar jam 430 pagi yang dingin membeku bak salju cehhhh.... bermadah plak aku ni wei!!


pemandangan kampong penimbawan di subuh hari. elok je aku amik gambo ni, terdengar sayup-sayup takbir raya dari surau kat ujung kampong. mmg sayu beb! terus hiba terkenangkan kampong halaman tercinta :(


gunung kinabalu dari kampong penimbawan. tapi tak berapa terserlah ke'henseman'nya sbb pagi tu agak berkabus.


gamba adik2 ipar aku nk gi solat raya.


seorang pemuda kampong yang hensem berspek itam, diiringi 3 orang bodygud kecik, kesemuanya tanpa kasut. ( ingat lagi part 1 - hey ladies? )dah mcm YB melawat kampong plak hahaha


apsl la pakcik tu muka ketat di pagi raya. mlm tadi tido lmbt kot sbb main mercun :)


pemandangan dlm surau kampong penimbawan. tgk tulisan khat tu, teringat tulisan jawi aku masa sekolah rendah dulu hahaha... aku try gak jenguk-jenguk, mana la pakcik-iras-nuar-pakai songkok tu.. tak nmpk pon, tak bangun la tu, mlm tadi overdose main mercun gamaknya.


seorang bilal tua. ni lagi satu benda baru aku jumpa kat kampong ni. seingat aku la, masa solat raya, bilal akan laungkan takbir sblm nk solat kn. posisi bilal biasa dekat saf depan dekat imam sana. tapi pakcik ni ada stail sindri. memula dia berdiri sambil pegang kayu tu ngadap jemaah. ni normal la. tetiba dia bejalan ke arah pintu tempat aku duduk tu. sibuk la jemaah lain yg duduk tu kasi jalan. aku heran gak, nak buat apa plak org tua ni nuju ke tempat aku. ke dia nk pas kayu tu suruh aku jadi bilal? arghhh kacauuuu... aku bukan tau apa. elok je depan aku, sambil dia ngadap pintu, dia berdiri pastu baru dia mula takbir. (pehhh lega aku )sambil tu aku perasan dia amik serban sambil lambai-lambai kat pintu tu, 3 kali kot. dia lambai kat gepren dia kat luar kot. sbb aku perasan jemaah wanita mmg solat dekat bhg belakang pintu tu... selesai, dia jln smula gi saf depan den baru la solat raya mcm biasa. mcm-mcm benda baru aku jumpa kat sini..


acara stended lepas solar raya. maap- bermaapan sesama jemaah walaupun belum tentu ko ada buat salah.

tetiba aku dengo bunyi gendang dipalu.. duk duk duk duk duk.. tak de lagu pun, bunyi dia main taram je. yang penting kuat dan panjang. dari celah tingkap aku bleh nmpk seorang awek tua ( awek bilal tadi kot ) menghala ke surau dgn benda berwarna-warni atas kepada dia.bunyi tabuh masih lagi dimainkan. sejurus pastu makin ramai pulak aweks tua, muda, yg dtg menuju ke surau tu bawak benda mcm awek bilal tua tadi atas kepala diorang. aku naik heran.. apa benda lagi la yg diorang nk buat ni. jgn suruh aku menari dgn diorang sudah la. sbb aku penah tgk 'scene' pompuan wak benda warna warni atas kepala mcmtu reramai pastu menari, dlm tv, kat bali kalau tak silap!

aduss penat. lain kali la aku sambung.

Wednesday, September 30, 2009

travelog rayaku - part 1

mcm aku kasi tau, ni lah kali petama aku beraya kat kampong bini di sabah. jadinya, inilah sedikit catatan bergambar / ala-ala travelog bergambar kononya pasal raya aku tu...

nama kampong bini aku tu Penimbawan. kalau naik kenderaan berenjin dari KK, barang 45 minit. kalau jalan kaki, barang 4.5 jam, kalau berguling, kompom tak sampai-sampai!! akan sampai ke jeti di kampong Serusop. kena la simpan segala kenderaan anda sama ada yg mewah atau yang msih belum abis bayar kat mana-mana berdekatan jeti ni. kalau ilang, nasib la.

inilah jeti tu, cantek bukan? mcm setan!! perkhidmatan bot ( org sini panggil 'tumpang') dari jam 6 pgi smpi la 6 ptg. perkhidmatan akan terganggu kalau ujan lebat. iye la, angin amat bahaya utk bot kecil beb! lagi pon bot kampong, bukan ada life jaket. bila dipikirkan, ngeri jugak. tambang sehala RM1. apsal naik bot? mmg la sebab penimbawan ni kampong air da...


ni gamba seorang pakcik yg mngkin tak sabar nk beraya kot sbb dh pki songkok haha..serius, kalau diamati muka pakcik tu, mcm iras membe aku nama nuar, sekarang ni keje kat davao, pilipin,. pakcik tu baru balik dari pekan tuaran beli brg2 persiapan raya. utk makluman, tuaran adalah pekan terdekat dan terhensem dari penimbawan ni, dalam 15 kilo kot. lain kali cerita pasal tuaran ni. mcm 'happ' gak pekan ni, tapi tetap tak bole celen ke'happ'an meru la, nama pon merubesttau kan :)lagipon meru dah tahap megalopolitan.


nilah pemandangan lazim pertama yg ko nampak bila smpi di jeti kat kampung tu. tapi kalau ko smpi lain kali, mungkin pompuan tu takde la sbb dia bukan patung duk satu. pakcik hensem-iras-nuar pki songkok tu mungkin ada haha...


ni la jalan standed kat kampung ni. bukan jalan tar ( sini panggil jalan aspal ) atau simen, tapi jalan kayu. hey ladies, kalau ko pki high heel, simpan je la kat umah. ada yang tesangkut kang. org sini lebih senang tak pakai kasut. kalau ada kasut adidas pun, jinjing atau gantung kat leher je. jalan kena hati2 sbb ada yg reput sana sini, kekadang tu ada taik kucing. ye la, kampong air kan, mana ada tanah kucing nak hun, atas jalan je la jawabnya.


ni pemandangan dari belakang umah pak mentua aku. pot ni mmg layan kalu duk petang2, angin dia sepoi-sepoi bahasa jawa beb, best gile! ko tgk air tu. masa memula dtg dulu, tepikir gak kalau air pasang tak tenggelamkah? tapi org dah duk sini sejak zaman tok nadoq, arkitek diorang tahu la apa diorang buat.

kampong penimbawan ni bukan jauh sgt pon dari KK. exco kanan sabah pon dari kawasan dekat-dekat situ je. tapi kampong ni berjaya menahan gelombang kemajuan dari melanda sini. stakat hari ni, masih belum ada bekalan air bersih dan elektrik yg sistematik. kalau nk elektrik, ko beli la generator. kira punya kira, kalau sehari ko pakai 5 jam, utk 30 hari, duit minyak generator je dah cecah rm150-200 sebulan. mcm bil letrik umah banglo tuuu... oleh sbb tu, mlm kat sini mcm mlm kita camping kat hutan. byk gelap dari terang. ramai yg pakai lilin atau pelita je. lagi ramai yg bergelap je. apa susah, kalau gelap, pegi la tidur haha. tapi ada letrik atau idak, raya tetap raya. mana-mana pun ada bebudak main bunga api termasuklah kat penimbawan ni. lebih hebat, sepanjang malam bunyi mercun bergema sana sini meletops! tah berapa byk la abis duit beli mercun. sbb tu diorang tak pki generator kot, save duit nk beli mercun masa raya.


ok, abis bahagian petama. nnt aku sambung lagi.

Monday, September 28, 2009

1malaysia.

masih dlm mood raya, tapi aku tah hapa ke jadahnya tetiba nk becakap pasal perkauman.

kita kebelakangn ni telah diprkenalkan dgn konsep 1Malaysia. apa intipati konsep ni, sila lawat blog najib. cuma berdasarkan pemerhatian serta input-input di tv serta media arus perdana, setelah dicerakinkan, aku nampak halatuju utamanya ialah 'perpaduan kaum'. dan sebagai satu rukun membodek yang berkembang subur dalam landskap politik malaysia ni, bila najib lntarkan idea tu, maka sibuklah semua mengompang sama supaya dilihat selari dengan idealisma najib. ini lebih khusus dalam parti komponen BN. sibuklah semua bercakap pasal perpaduan kaum, becakap betapa malaysianya kita, becakap pasal melayu ke, cina ke, india ke, sama saja, serta cakap-cakap yang sewaktu dengannya. pendek kata dioranglah jagoh perpaduan kaum. tapi ironinya, merekalah yang paling kuat perkauman!

tengok la pada 3 parti terbesar komponen bn. UMNO, MCA, MIC.. tiga-tiga ada nama bangsa bagi memberi pengenalan kepada diri diorang. United Malay Nation Organization, khas untuk org melayu-atau yang mengaku melayu macam dr zambry di perak. Malaysian Chinese Asso- khas untuk org cina. malaysian Indian Congress - khas untuk orang india dan org macam dr zamry pon boleh kalau nak masuk. memasing perkauman, lagi mau cakap pasal perpaduan kaum.

kalau aku jadi najib, sebelum sibuk buat slogan, baik aku bubarkan sume parti komponen dalam BN, tubuhkan satu parti je, supaya kuat, gagah dan tentu lebih ramai ahlinya. parti tu nanti bolehlah dinamakan sebagai Parti 1malaysia,kan bagus!! emmm jap lagi aku nk panjangkan idea ni pada najib la.

ok. selamat hari raya.

Wednesday, September 23, 2009

petama kali raya



tahun ni raya begitu 'petama kali' pada aku...

petamakali
- aku tak tgk pengumuman raya di tv
- aku raya di sabah
- aku tak raya di merubesttau
- beraya bergelar bapa
- beraya bersama isteri dan anak
- aku mintak maap kat mak aku tak scara 'live', guna telepon je
- aku beraya tak jumpa lontong
- aku tak jumpa lemang
- aku sembahyang raya, bilal tak duduk kat depan, tapi dekat pintu surau ( rare )
- aku solat raya, tak tertidur masa khutbah :)(memang rare )
- aku pakai baju melayu dari pagi raya petama smpai la pagi raya kedua ( rekod baru ni!!)

Labels:

Friday, September 11, 2009

ucapan standet raya