Tuesday, April 21, 2009

penjelasan

ada membe bertanya, betul ke aku dah layak masuk kelab obes / kelab perut seketul semenjak pindah kk ni? tah mana la korang dpt cite ni? nk kata korang nmpk aku kat tv, mustahil sebab aku x terlibat langsung dgn rancangan buletin utama pun.nk kata tgk aku kuar paper, jauh skali sbb aku bukanlah ahli MT umno pun... tp inilah penjelasan aku.

adakah botak makin gemuk selepas duk di KK?

A- Tidak, malahan dia semakin slim
B- Tidak berubah sama sekali, sama mcm sblm pindah kk.
C- Ya, dengan berat badan betambah sket!
D- Ya, dah bleh lawan Badri Harun pon.

jawapannya adalah....

Friday, April 17, 2009

makan



satu isu yg aku hadapi duk kat KK ni adalah soal makanan, lebih tepat lagi kedai makan. aku kena akui yang cara masak kedai makan kat sini x brape ngam dengan selera aku. susah nk cari kedai makan yang buat aku mengigau tengah mlm ketagihan masakan kedai tu. lazimnya, kedai yg aku try, stakat bleh makan la. ada gak la sekedai dua yg ok kalu nk ziarah smula, tp tu bukannya 'walla' sangat pon! nk kata aku jenis cerewet mkn, tak juga. mak aku cakap kat bini aku (above pic), senang nk bela aku soal makanan ni. apa yg ada, itulah yang dimakan... tp stakat ni ada satu kedai yg mmg sedap gile goreng pisang dia. bleh pukul la gorpis kat kedah tu atau mana-mana goreng pisang yg aku penah rasa. x tau la kot dia letak dadah :)

dari risikan serta gossip yg aku buat pada rakan semenanjung, majoritinya memberi input yang sealiran dengan aku. diorang cakap mmg x byk kedai kat KK yang masak sama, atau hampir sama, atau seakan-akan sama,atau ala-ala sama dengan kedai makan di semenanjung tu. dan atas dasar persahabatan, kat sini aku perturunkan beberapa kedai yang dikategorikan atas persepakatan aku dan beberapa rakan seperjuangan, sebagai "sama, atau hampir sama, atau seakan-akan sama,atau ala-ala sama" cara masakan serta rasa dengan kedai kat semenanjung tu. harapnya, senarai pendek ni boleh memberi sedikit sinar petunjuk pada orang semenanjung yg jenjalan kat KK kelak, amin. dengan ini, calon-calonnya adalah....

1-KFC
2-Mc D
3-Pizza Hut
4-Rasa Me
5-starbuck
6-Coffee bean
7-Secret recipe
8-Mana-mana kedai mamak ( sama dari segi x sedapnya!)

Monday, April 13, 2009

ingatkah

pada generasi seumur aku, pasti dalam beberapa keadaan pernah terserempak dengan satu watak katun yg agak glamer sekitar 90-an. seingat aku, katun ni slalu ada utkiklan 7up. nama dia FIDO DIDO. glamer gile masa tu. sume bebudak skolah aku sibuk melakar watak ni. pantang jupe kertas, mesti mamat dido ni jd lakaran... apa yg glamer sangat pon aku x tau.

dan seingat aku juga, keglameran fido dido masa tu adalah seiring dengan keglameran ZAITON SAMEON....umag aiii.. punya la x komersil nama, tapi punya boom masa tu.

Thursday, April 09, 2009

harapan

hari ni aku cuti. sbb esok kan jumaat baik @ good friday. jdnye skolah aku amik cuti peristiwa hari ni. total, 4 ari gak aku cuti. best betul hidup ini.

ni tgh duk kat umah sambil menunggu pengumuman oleh najib pasal barisan kabinetnya. nk tgk sape la agaknye yg bakal naik. adakah muka je baru tetapi keserakahan mereka membaham duit rakyat tetap sama? apakah nama je lain tetapi minda jumud mereka yang melihat rakyat ini boleh dibodohkan tetap ada? mungkinkah orang je baru tapi sifat sombong tetap dibawa? aku harap 2 biji gol yang disumabt oleh nizar & manikumar di 2 bukit semalam akan menyedarkan najib betapa rakyat mahukan pembaharuan terutama dari aspek kematangan politik, kepengurusan negara, keterbukaan dan lainnya....

sementara tu, sebelum lupa. takziah untuk sirul dan azilah yang telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah shah alam kerana menjadi balaci merangkap kambing hitam.

Monday, April 06, 2009

nun di sana


semalam aku jenjalan pusing KK, ternampak beberapa budak dok huha huha menggalas harvesack kat belakang. budak semenanjung kot nih. tp x de plak aku tanya... bila tgk diorang, teringat zaman gemilang aku masa kat kelab kembara uum dulu. tiap masa rasa best je, walaupun aku x lah sebest mana pun :)

masa tu rasa kita la yang hebat, keluar masuk hutan duk redah gunung ganang. x cukup tu, pikul plak air 2, 3 liter kesana sini. pastu bila tido malam, tgh mmp, terjirus plak air ujan. bila membe sakit atau x larat pikul beg, kuarkan isi beg tu, agih-agih akt membe lain suruh bawak. perghhh punya la setiakawan. bila sampai camp site, memasing wat tugas, 'sibuk-sibukkan diri' nama konsep tu kalau aku x silap... yang laki pasang khemah, yang pompuan masak air... punya la harmoni hidup masa tu...

bila teringat carik carik kenangan tu, terasa alangkah bestnya kalau dapat balik ke zaman tu. dan bila dapat balik, aku tetap nk masuk kelab kembara uum. tetap nk ikut camping, tetap nk jd sebahagian dari beberuk kelab. cume satu je aku nak ubah, aku nak rajinkan mandi masa camping hehehe...

Wednesday, April 01, 2009

itu la cik ramlee, kan saya dah bilang...

lama menyepi, kini kembali, maklum la, guru cemerlang, guru temberang, memang selalu buat-buat busy hehehe...