Thursday, July 24, 2008

sis


sekolah kebangsaan ismail (1), muar :- dah dekat nk sebulan aku duk mengabdikan diri pd perjuangan mendidik anak bangsa (ewahhhhh ) kat muar ni. makna kata ada lagi 2 bulan... pejam celik pejam celik abis la kot... begitu pantas masa berlalu.

sebelum ni aku dengo memacam org ckp psl institusi sekolah beserta cabaran2 dunia profesyen perguruan ni. tekanan la, beban kerja yg melampau la, murid makin nakal la, dan memacam la.. sampai dah naik jenuh aku dengo rintihan para cikgu dengan ayat helah-bela-diri diorang yang standard ".. ingat senang ke jd cekgu ni.. keja banyak, sabtu kene keje tau "

aku x de la nk menafikan mmg le jd cekgu ni byk keje. mana nk ngajo lagi, mana nak train budak main bola lagi, mana nk buat soklan xm lg, mana nk setelkan masalah budak beromen dlm makmal lagi... mana nak cari duit lebeh buat MLM lagi :)

aku juga x nafikan tekanan jd cekgu ni.. bebudak yg nakal lain mcm beb. guru beso pulak ingat dia je pandai... kena yg kelam kabut, lagi parah la cekgu nk lyn.

tapi selepas aku bandingkan dunia pekerjaan aku yg lepas dgn semusim pendek aku duk sekolah ni, aku dpt beberapa kesimpulan ;

a- jd cekgu lgi best banding kje lain. kul 1 dah bleh balik.
b--cuti setahun dekat 3 bulan
c-gaji ckgu pun bleh tahan, lebih kurang keje dulu pun
d-menurut Noh omar, guru bleh wat pinjaman sehingga Rm50,000.00 utk meniaga hehehe