Thursday, May 15, 2008

kesan politik

8 mac 2008 wajar dimasukkan ke dalam buku tekas sejarah sekolah kerana ianya merakam satu peristiwa besar. pda hari itulah, landskap politik di negara ni berubah wajah sama sekali. parti BN mengalami kekalahan moral yang tidak pernah terbayangkan oleh mana-mana makhluk di seluruh alam semesta.

tapi aku x berminat nk menambah analisis yang dah belambak kat media, aku cuma nak ckp dari segi impak maksima nya kepada kehidupan. kemenangan pihak Pakatan Rakyat (PR)di banyak kerusi telah menaikan profil mereka di kaca org malaysia. kini biasa kelihatan budak-budak atau mat rempit merempit sambil bergaya dengan stiker lambang PAS atau PKR pada helmet mereka. Di johor ni, yang dikenali sebagai kubu kuat gila baban UMNO pun dah nampak kelibat bendera PAS kat rumah-rumah. kalu stakat baju kuning dgn tulisan 'Bersih' kira dah trend sangat la.. semacam satu kebanggaan la kalu ada sehelai...

dah impak maksima ni rupanya tidak hanya terpalit pada helmet atau rumah atau baju saja... cuba lihat gambar ni.



pengeluar rokok pun nak tumpang sekaki beb!!