Sunday, March 30, 2008

maktab yang bosan


disebalik sisi-sisi +ve yg aku dpt bila masuk maktab ni spt, x pening kepala pikir psl kerja, low expenses, hepi go laki dan sewaktu dengannya... ada juga sisi -ve gak. tp sisi -ve ni hanya muncul sesekali sekali, jarang-jarang. yang paling jelas ialah sindrom kebosanan.. dan lazimnya kebosanan ni sbagai akibat aku x dapat balik meru bila wekend.

mcm hari ni la, aku terperuk kat maktab ni mcm org bodo.. nak jenjalan, transpot dan juga membe x de..diorang pakat2 balik sebab umah memasing dekat Jb atau muar je.tinggal la terkontang kanting mcm hero 'im a legend ' kat maktab ni.

kena pulak cuaca skrg ni bukan bleh kira sgt, ujan lebat gila baban!! tadi sempat amik gambo 'awan jahat'yang gelap gelita. kompom jap lagi ujan lebat. harus aku tido smula ni...

Friday, March 28, 2008

Barangkali

Barangkali sudah resam manusia. Cukup mudah merasa bosan dengan sesuatu yang sebelumnya terasa begitu indah pun. Keindahan rasa yang dirasa seketika dulu, begitu cepat berlalu, seolah hilang entah kemana, dan begitu sekelip mata.
Juga barangkali sudah resam manusia. Begitu mudah marah dan sekelip itu juga merasa bersalah. Api amarah yang marak tadi, rasa kekhilafan diri pula berganti. Juga sepantas ia datang, sekilas juga ia hilang.

Wednesday, March 19, 2008

Kala Dinihari, aku masih disini

Kala dinihari menjengah diri
Kala kau dilingkari mimpi-mimpi
Kala ‘harbok’ menangisi nasib diri
Kala itulah aku tengah bertungkus lumus
Memerah otak ligat nan karat
Menyiapkan assignment sebab nak anta esok pagi ;)
Peace!!

katakan ya kepada iye-iye kelapa

Saturday, March 15, 2008

mengapa

mengapa? kita selalu sangat bertanya soalan itu. x kisah la apa motivasi yang membawa kpd pertanyaan itu, yang penting kita begitu gemar. kekadang, dalam byk perkara, sungguhpun berjela telah dijawab, tetapi 'mengapa' itu juga ditanyakan lagi dan lagi...

dan aku kini sedang bertanya kepada diri sendiri, " mengapa la aku rasa malas beno nak balik maktab esok? "

Thursday, March 13, 2008

Pra & Pasca

Pra

Lama aku x menulis atau menjenguk pun blog aku ni .. nak kata sibuk kempen, aku bukannya calon pilihanraya pun. Tapi aku ada kempen untuk 'New Dawn for Malaysia' secara sendiri2. Aku beberapa kali terjerembab ke dalam perbualan yang akhirnya aku selit dengan mesej-mesej perlunya kita memberi peluang, tentang perlunya risiko dalam hidup serta tentunya tentang adanya jalan keluar dari risiko tadi. Tak paham? X mengapa, aku memang x berniat membuat semua orang paham pun. Tapi aku sangat percaya, minda kritis dan analitikal pasti dapat paham dengan sepaham-pahamnya. J

Semasa nak gi mengundi sabtu lepas ( 8/3/08), kami, aku & isteri tercinta, naik moto je ke pusat mengundi. Saja, sebab malas nak tempuh kesesakan lalulintas, serta kesesakan para perayu undi. Sampai tempat ngundi, isteri aku tekejut tgk geng-geng kaum india duk sibuk ngusung bendera-bendera PAS. Aku cakap pada dia, apa nak heran, clon PAS sini ada klinik sendiri, dan kaum-kaum india yg rata-rata susah selalu dtg ke situ dan lazimnya di caj murah gila baban. Kira amal jariah le agaknya. Tu pasal dia glamer kat sini. Benda yang sama Tun Mahader buat dulu kat Alor Star waktu dia mula berkecimpung dlm dunia politik. Tu pasal orang sana sayang Tun Mahader.


 

Pasca

Tahun-tahun yang lalu, aku rajin berjaga sampai pagi semata-mata nak tahu keputusan pilihanraya. Tapi tah apa mimpi aku tahun ni, aku gi layan bola Liverpool vs newscastle. Abis je, terus aku tido… pagi esok, dalam sekitar 8 pagi membe aku tepon, " apa cite 5 negeri BN tumbang? " Tekojot aku dengo… iyo ko? "Iyo!!!!" kata membe aku. Hari tu, lepas lunch aku ajak bini aku lepak kat kedai minum sambil meng'wireless' sampai pukul 9 mlm. Betul la, sejarah terburuk BN telah tercipta. Hilang 5 negeri. Undi popular pun tinggal 51% je.. menteri dan timbalan beserta setiausaha parlimen pun ada yang ilang kerusi. Dewa Sami xde Value pun tumbang di halaman 'kuil' sendiri di Sungai Siput, Perak. Nasib baik, Sarawak & Sabah masih taat setia kapda BN, kalu idak, sindri mau ingat!!

Memacam analisa yang aku dah baca tentang punca prestasi buruk BN kali ni. Isu haga barang la, kemasukan pengundi muda dalam daftar pemilih la, kelemahan pinpinan pak lah la, memacam… semuanya betul dan salah pada darjah tertentu. Pada aku, ada satu lagi faktor iaitu, kegagalan BN memastikan pilihanraya kali ini tidak telus seperti yang lepas-lepas. Ya, korang x salah baca, memang aku cakap faktor kemerosotan BN adalah kerana kegagalan mereka sendiri untuk memastikan pilihanraya kali ni tidak telus seperti yang lepas. BN di bawah pimpinan Pak Lah cuba memastikan pilihanraya kali ini telus, tiada pengundi hantu, tiada no siri, tiada ugutan kepada staf gomen…. Mungkin dia yakin tentang sokongan yang diterima pada 2004 adalah tulen, makanya kali ini dia mahu mengabsahkan sokongan tu dengan jalan yang lebih murni, iaitu pilihanraya yang telus! Tapi upenya dia salah… dan untuk pilihan raya akan datang, aku rasa pak lah akan kembali kepada kaedah lama, iaitu pilihanraya x telus untuk memungut kembali sokongan rakyat J

Pagi tadi, di radio aku dengo berita lim kit siang mengarahkan semua ADUN Dap di perak utk x menghadiri upacara angkat sumpah MB perak. Alasannya, Dap tidak bekerjasama dengan PAS, dan MB perak yang diperkenan oleh sultan merupakan ADUN PAS.. apa la diorang ni, belum apa-apa dah bercanggah.. macam ni, apa la agaknya kemampuan yang boleh diorang tunjukkan pada rakyat yang memilih mereka ni. Kalau mcm ni la, rasanya tak lama la BA duk kat 5 negeri tu….

Apa pun, kita tunggu dan lihat je la….