Thursday, July 26, 2007

Rumah Baru


Menjelang EPL musim 2010/2011 ( x tau la masa tu aku idup lagi ke idak ), liverpool diberitakan akan berpindah ke rumah baru. perpindahan ini dikira sangat mendesak jika dilihat dari sudut 'survival' kelab bolasepak hari ini. dengan kapisiti Anfiled yang hanya memuatkan sekitar 44000 penonton pada satu-satu masa, pendapatan yang dijana hanyalah separuh dari apa yang diperolehi Manchester United kerana gelanggang mereka mampu memuatkan hampir 75000 penonton.

Rumah baru Liverpool ini mampu memuatkan 60000 penonton dan berkeupayaan untuk dipertingkatkan kepada 80000 penonton.

Tapi bila pikir2... Man u 75000, Emirates 60000, New Anfield 60000.... x la besao sgt stadia diorang kan... kat Malaysia ni.. belambak lagi stadium besor.. Shah Alam, 80000 ( sama level dgn nou camp) Bukit Jalil 100000... Malaysia Boleh! Selamat Menyambut Hari kemerdekaan ke 50!!

Friday, July 13, 2007

buku haram

malaysia punyai reputasi mengharamkan buku dari diedar atau di bawa masuk ke negara ini. mengikut kerajaan, tujuan ini dilakukan kerana dikhuatiri kandungan buku tersebut boleh menganggu gugat dari aspek sosial, akidah, ekonomi, dan sebagainya. topik2 yg sensitif, atau dikira sensitif seperti perbincangan agama, sex, pembantaian dasar2 pemerintah, perlekeh negara dan sebagainya adalah dilarang.

pengharaman ini tidak hanya terhad kepada buku2 dari luar negara, bahkan buku dalam negara hasil buah tangan penulis tempatan juga terlibat. Dari senarai oleh KDN buku diharamkan tahun 2007 ( lihat website KDN), sebahagain besar buku terbitan luar negara yang diharamkan adalah penulisan berkaitan Islam. dan sebahagain besar buku terbitan tempatan, tulisan anak melayu, yang diharamkan adalah penulisan berkaitan sex!!

sila klik : Malaysia boleh