Tuesday, May 23, 2006

tabik utk membe

itu yang kita mau... gitulah nama pengenalan utk FP sorang membe yg cukup la aku namakan dia sbg ALF ( bkn nama sebanar ). padahal baru-baru ni je dia minat amik gambo ni.. tp ko tgk sindri la hasil keje dia... wallaa!! x pasti la gambo tu cantek sbb mmg dia bebakat atau sebab kamera dia mahal ( huhu bunyi mcm ayat org dengki je!!) yg pasti, aku mmg respek la lu alf!! psss.. leh x jual bini petama @ beskal ko pd aku.. tolak murah2 udah la.

utk memahami ketakjuban aku pd mamat ALF ni, sila alami sendiri di http://ituyangkitamau.fotopages.com ( errr camne aku nak wat link ek?)

go ALF go!!

Sunday, May 21, 2006

hari cuti

hari ahad,hari minggu, hari cuti, atau panggil saja apa yang korang mau.. tapi ianya tetap diertikan sebagai 'cuti'.

aku penah mendengar satu pertelingkahan kecil tentang kewajaran mengangkat hari ahad sebagai hari cuti.. si mamat ni mengatakan bahawa dengan mengiktiraf hari ahad sbg hari cuti, secara x langsung telah mengiktiraf ajaran kristian yg secara tradisionalnya menjadikan hari ahad sbg hari cuti sbb pd hari itulah, mereka akan berkumpul di gereja... kalau fikiran kita berlandas unsur keagamaan semata2, maka akan ramai la yang bersetuju dgn mamat itu. tapi kalu tgk realiti semasa, aku rasa hujah mamat tu dah tak lagi boleh diterima selain boleh didengar saja.. sbb skrg walaupun hari ahad itu hari cuti, dan hari itu juga org kristian kene gi gereja.. tapi hakikatnya gereja2 seluruh dunia saban minggu semakin merosot jumlah pengunjungnya... ini bukan aku yang cakap, tapi pope john paul sindri yg ckp tau!

nota tambahan:
Islam = jumaat
Jew = sabtu
Christ = ahad

Wednesday, May 17, 2006

mmm

aku dapat berita sedih pagi tadi.. bini aku tak dapat transfer ke semenanjung pd bulan jun ni.kene tunggu bulan 1 nex yer plak... mmm membujang lagi le aku nampaknye. tapi aku try sedapkan hati, ckp pd diri sendiri, ada hikmah disebalik semua ini...

aku selalu ckp kat org " sabar itu buahnya manis " dan nampaknye hari ni aku kene ckp ayat yang sama depan cermin...

go botak go!!

Sunday, May 14, 2006

selamat hari ibu

14 Mei - hari yg dikompangkn sebagai hari ibu. sejauh mana kompangan ini berjaya, jawapannye relatif.

kalu tv dan media massa menjadi ukurannya, boleh la di katakan kompangan itu berhasil, paling kurang dlm perspektif tv malaysia... stesen tv sibuk la tayang cite2 yg ada kene mengena dgn hari ibu tu...

Tapi kalu secara individual, aku x rasa kompangan itu berjaya seperti jayanya kompangan 14 februari- valentine's day. agak2, berapa ramai antara kita yg sedar 14 mei adalah hari ibu sedunia?

err aku tersedar pn sebab bini aku bagi tau hehehe

untuk semua ibu, aku ucapkan terima kasih kerana menjadi ibu!! dan yakinlah, jika di beri peluang pn, aku rasanya x mampu untuk menjadi ibu...

Saturday, May 13, 2006

selamat hari guru

seingat aku la, aku semasa kecil ada masalah dgn menyebut huruf 'R' dgn betul...x tau la apa masalahnye ngan lidah atau otak aku, tapi sebutan 'R' akan lebih berbunyi 'al' yg hampir sgt dgn huruf 'L'. jadinya, kalu sebut 'rumah' maka bunyinya 'lumah'

... menyebut nama sendiri lebih menyiksakan. bila aku kat sekolah rendah, cikgu tanya " sapa nama? " aku cuba jawab dengan seluruh daya otak serta lidah, berusaha untuk menyebut " Hairul Mahyus " itu, tapi bunyi yang keluar tetap " Hailul Mahyus " dan cikgu pn tanya macam mana ejanya? aku tulis la H.A.I.R.U.L M.A.H.Y.U.S... cikgu pandang aku dan senyum.. " kamu pelat ye?" ooo aku pelat upenye, baru aku tau!!

aku tak perasan dan tak tahu bila 'penyakit' aku tu hilang.terima kasih cikgu kerana menyedarkan yg aku sebenarnye pelat :) selamat hari guru

Wednesday, May 03, 2006

bahasa

kata orang, lidah itu bisanya melebihi pedang.dan kata orang, pena itu setajam parang. dari dari tu, aku rasa yang lebih pedang dan parang adalah dari mana idea yg dilafaz lidah dan dinukil pena itu datang. aku tahu hakikat itu lama dulu. dan aku juga lupa hakikat itu lama dulu, hinggalah tadi masa aku ngulo kat MPH, tgk buku a.samad said.. dia buat sajak pendek. katanya:

KEBENARAN
setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

ringkas, tapi cukup pantas menyelinap ke pemahaman akal-akal yg waras!!

Tuesday, May 02, 2006

pengantin baru dan JB ( 29/04/2006 )

PENGANTIN BARU
sabtu lepas,membe pompuan yg pernah sekali bergelar batak gunung kembara uum dah pun selamat melalui gerbang perkahwinan.pasti ada rasa debar, rasa gusar... tapi itu dah jadi sebahagian dari intro alam rumahtangga... sedihnya, aku dah plan nak pegi majlis dia, siap nak jd backpackers naik bas lagi pegi Kola Tengganu. tapi x jadi, sbb hari yg sama aku kene gi outstation JB.apa pun, Selamat Pengantin Baru Untuk Aida Liza dan suami. Moga kebahagian kalian terus kekal hingga tiba nyawa diundang izrail.

JOHOR BAHRU
menghala ke JB dengan memandu kancil 850cc milik majikan bukanlah impian semua orang. juga bukanlah impian aku. tapi itulah realiti.jenuh la aku henjut kancil tu meredah PLUS highway yg x berapa highway sifatnya itu ( ye la, asyik jam je kat senawang!)

aku secara peribadi, melihat johor sbg negeri yg x brape nk bes utk di liwati, eh lawati... khasnya JB. x lebih dan x kurang ngan bandar kelumpo pun.sana sini org rushing. sana sini kereta racing.dan tangga bangunannya, turut sana sini berbau hancing! ceh.. tak dak sivik!! cume yg agk menarik ialah org-org johor. sekali aku kuar bahasa jawa, terus dipeluknya aku! kagum agaknye tgk org yang muda belia mcm aku masih mampu, malahan terer berbahasa jawa :) cas nak buat menantu la tu, "sori wak sarip.. aku dah berumahtangga..." pintasku dengan sopan walau tiada yang bertanya hehehe