bergelar suami org, dengan sekali akad, bukanlah sesuatu yg dibanggakan oleh kebanyakkan org.. tapi ya bagi aku. jumaat lepas, bertarikh 2/12/2005 bersamaan 1 zulkaedah 1426, sekitar jam 245 petang aku secara syaraknya sah menjadi suami orang. aturcara ajad nikah aku lazim seperti org lain gak, cuma yg beza pun mungkin slang tok kadi yg kekadang payah di tangkap sebab lidah sabahan kn..
bila dia baca khutbah, aku antara paham dan tidak paham... dan pemahaman aku lebih disebabkan oleh isi yg aku dah jangkakan.. tentang tuntutan munakahat dlm islam, tanggungjwb suami istri, bla bla... dan tidak pahamnya aku pula lebih disebabkan oleh pikiran sibuk menerawang tentang isteri aku yg nmpk cantik pulak hari tu, yang bersimpuh sopan sebelah aku :) sindri mo ingat!!
ada satu detik yang aku x paham masa majlis akad nikah tu.. dan ini bukan petama kali aku tgk.. beberapa mjlis akad nikah membe yg aku hadiri juga berlaku sedemikian... bila tok kadi dah goncang tangan, dan aku pulak sambut goncangan dia dengan ayat-ayat keramat tapi standard selancar mungkin, dan disudahi dengan pengakuan 'sah' oleh kedua saksi...dengan tidak semena-mena pengantin pompuan menangis.. tidak la sampai meraung-raung mcm ibu mati anak.. tapi mengalir jugak la airmata dlm kadar yg amat mudah dikategorikan sebagai menangis..... aneh, mmg aneh. dan bertambah aneh bila mak aku pun turut menangis.... dan aku x pulak bercadang nak tanya kat mak aku apsal.. biarlah ianya begitu.
anyway, selamat pengantin baru untuk hairul mahyus & siti araini