Tuesday, October 25, 2005

raya adalah sejarah

saban tahun, hari raya bagi kebanyakkan kite adalah sesuatu yg sejarah atau sentimental sifatnya. sgala-gala tentang raya dinisbahkan kepada sesuatu yg dolu-dolu, atau kampung misalnya..yg pasti elemen sejarah atau sentimental itulah yg memeriahkan raya kite...

aku g klcc yg dikenal sbg mercu kebanggaan malaysia. bangunan yg canggih dan hebat.. tapi bila pihak pengurusannya cuba nak menampilkan mood raya... apa yg dibuat? diletakkannya replika rumah kampung kat concourse level.. abih raya la tu!!

sebahagian dari kita ( aku pun ), lazimnya mengganggap raya ni untuk bocah, di mana padanya semua adalah indah. main bunga, dpt baju baru, duit raya... seolah-olah raya telah menapous untuk org dewasa.

mmmmmm

Sunday, October 23, 2005

menghitung hari

rata-rata org sibuk menghitung tinggal bape ari nak pose.sbb bila dah abis pose, maka raya menjelma... sibuk la mak pak ke pasar dan bazaar mencari baju raya anak, juga kueh mueh yg slalunye sedap bila dah jadi serdak.. langsir umah nak kene yg baru, sofa juga begitu supaya tamu yg datang rasa berbulu...

tapi aku tgh sibuk menghitung hari-hari terakhir period bujang...sibuk ku pulak x diisi dgn pening psl kad jemputan ke, baju kawin ke, atau sanding... sibuk ku menghitung hari hanya di isi dgn rasa mcm xde apa apa.... stakat tulisan ini di tulis, borang nikah pun aku x setel lagi... mmm normalkah aku?

" Ya Allah, berilah aku sedikit 'kepoyoan' utk majlis perkahwenanku yg bakal menjelang..amin!"

Sunday, October 02, 2005

belanjawan

dulu..x lama dulu.. dalam tiga atau empat tahun sudah.. setiap jumaat minggu pertama bulan oktober adalah hari penting bagi malaysia. sebab pada hari tersebutlah belanjawan negara akn dibentang oleh kementerian kewangan.bertitik tolak dari pembentangan itulah nanti, segala corak politik,sosial,ekonomi malaysia akan mengambil iktibar untuk membetuk paras rupanya.

kini, upaca pembentangan tu masih ada, bahkan masih begitu utuh peri pentingnya dlm menentu corak malaysia.. cuma namanya saja yg sudah bertukar. di kala ribut-ribut memartabatkan bahasa melayu, tetiba kata belanjawan di tukar kepada bajet saja.

ada pendapat mengatakan kata 'bajet' itu lebih menepati ritual tahunan itu. x pasti sejauh mana kebenaran. tapi ada suara nakal kata penukaran kata tersebut lebih merupakan satu tindakan politik. tindakan menghakis sisa pengaruh seseorang, menghakis sumbangannya.. ntah la.perasa atau tidak.. dulu, media kita tidak lagi menggunakan kata babi, sebaliknya di ganti dgn khinzir. kementerian pelajaran di ganti dgn kementerian pendidikan... tapi sume kini dah guna kembali kata asal... cuma yang tinggal ialah Ringgit Malaysia yg blum di tukar.. kan dulu kita guna simbol '$'.. tul x?

mmm bajet semalam mmg bagus. tapi bagusnya cume terhad kepada kakitangan kerajaan serta para pemodal. kita yg keje di sektor swasta x dapat pe pun... tiada potongan cukai individu, tiada penurunan cukai barangan keperluan asas, tiada, tiada.. dan tiada..