Thursday, September 08, 2005

kosong

di fahamkn angka kosong direalisasi ( bukan di cipta* ) oleh org india..kedian merebak ke indo-cina dan di perhalusi oleh arab yg seterusnyanya menjadi picu penggunaan secara wajib dlm hidup manusia. orang eropah seterusnya mengembangbiak lagi penggunaan angka kosong ini.

tanpa '0' ini, bagaimana agaknya kehidupan manusia? bayangkan berapa banyak angka yg perlu di cipta untuk menjelaskan nilai selepas '9', atau nilai sebelum '1'. hari ini, hidup kita banyak bergantung kepada angka '0'. komputer, umur, nilai, kereta, gaji, cinta..semuanya dipengaruhi oleh angka '0'....

keindahan sesuatu hanya dapat di rasa bila ada '0' sebelum atau selepasnya. keenakan roti canai hanya di rasa bila perut kosong.kenikmatan cinta di rasa bila kekosongan hati terisi. kelegaan di hargai bila telah di kosongkan pundi kencing....

* aku x pernah percaya yg manusia mencipta kereta atau komputer atau apa saja... manusia hanya menemui bukan mencipta. segalanya ciptaan allah, cuma manusia telah menemui ciptaan itu... sebarang teknologi masa depan sebenrnya telah diciptakan, cuma manusia saja belum menemuinya... sebab akal itu allah yg menciptakan. dan kita gunakan akal itu untuk menemukan. maha suci allah!

Sunday, September 04, 2005

minggu yg sunyi

ada ketikanya, kita lebih senang bersendirian. ini di namakan sbg ruang peribadi. masa inilah kita berangan-anagn, bermuhasabah, atau wat benda yg kita suke tanpa kehadiran manusa lain secara lahiriah...
keberadaan dalam ruang peribadi memungkinkan kita menjadi apa saja, apa saja kecuali tuhan.kita boleh saja menjadi nabi kalau kita mau.. mungkin bukan dlm keadaan 'nabi' yg sebenar, tetapi kita boleh memakai keperibadiannya, atau merasa getir usahanya... ruang peribadi juga membolehkan kita menjadi haiwan kalau kita kepingin... tapi ruang peribadi tidak memungkinkan kita menjadi tuhan. kerana apa?
jelas, kita tidak pernah melihat tuhan. melihat di sini merujuk kepada secara realiti atau melihat melalui penceritaan. kita tidak pernah melihat nabi muhamad secara realiti, tetapi kita melihatnya melalui penceritaan zaman berzaman...keperibadiannya, tupa parasnya, cara pakainya...dan berbalik kepada soal tuhan tadi, kita tidak pernah melihat tuhan walau dari apa cara pun.... lalu, jika seluruh manusia tidak pernah melihat tuhan, mengapa sejak bermulanya zaman manusia, tuhan sentiasa ada?